SUBAHANNALLAH….

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Saya menonton tv dan melihat berita mengenai adanya sungai di bawah dasar laut.  Mengangumkan!  Subhanallah.  Demikian hebatnya ciptaan Allah, apakah belum tergerak di hati kita untuk mentaatiNya sepenuh hati?

Penglihatan kurniaan Allah adalah untuk melihat bukti kebesaran dan kehebatan Ilahi.  Nikmat penglihatan sungguh besar buat kita semua.  Tujuan ia dicipta guna membawa hati kepada Allah.  Jika penglihatan diguna melihat perkara yang diharamkan Allah, maka pudarlah cahaya iman yang menjadi matlamat manusia diwujudkan.  Betapa banyak perkara halal yang boleh dilihat, namun nafsu manusia yang cenderung kepada kejahatan lebih suka memilih perkara yang diharamkan.  Perkara haram adalah racun kepada jiwa manusia seperti foto-foto  dan perbuatan lucah yang banyak dicari manusia hari ini.

Continue reading

Advertisements